Jendela IKS

Ibu tunggal dan wanita merupakan golongan peniaga kelompok utama yang menyumbang ke arah peningkatan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan pantai timur.

Sejajar dengan maklumat yang diterima, .my DOMAIN REGISTRY dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Projek Jendela IKS, di mana projek ini adalah sebuah Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Community Inno Fund (CIF) yang dibiayai oleh MOSTI. Tujuan utama Projek Jendela IKS ini adalah untuk melatih ibu-ibu tunggal dibawah kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk celik IT serta dapat memanfaatkan kecanggihan ICT bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

%d bloggers like this: