– Informasi Penganjur

Informasi berkaitan  Penganjur :

1) .my DOMAIN REGISTRY

.my DOMAIN REGISTRY adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan pentadbir  alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia.

Sebagai pentadbir nama domain peringkat kebangsaan, .my DOMAIN REGISTRY memberikan identiti yang unik kepada organisasi dan individu di Malaysia untuk berkomunikasi di dunia Internet dengan menyediakan pelbagai kategori nama domain yang merangkumi:

.my Untuk individu dan organisasi di Malaysia
.com.my Untuk organisasi / aktiviti komersial di Malaysia
.net.my Untuk organisasi / aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian
.name.my Untuk warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia sahaja
.gov.my Untuk agensi kerajaan Malaysia sahaja
.org.my Untuk organisasi / aktiviti yang tidak berkaitan dengan kategori domain yang lain
.mil.my Untuk agensi ketenteraan Malaysia sahaja

Layari www.domainregistry.my bagi maklumat lanjut berkaitan .my DOMAIN REGISTRY serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum.

2) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 April 1986

Penubuhan adalah dibwah Enakmen Bil. 13 tahun 1985 hasil daripda kelulusan Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 5 Disember 1985.

Ditubuhkan sebagai agensi yang berperanan secara langsung sebagai Pembekal Sumber, Penyokong, Penyebar Maklumat, Pendidik, Katalis, Penyaran Dasar dan Pengkaji bagi mengisi ruang yang masih kosong di samping dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang telah sedia wujud dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masalah – masalah berkenaan melalui kapasiti Lembaga YPKT selaku Penyelaras, Pelengkap (Complement) dan Penokok Tambah (Supplement).

%d bloggers like this: