– Objektif Program

Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal dan peniaga wanita di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

  • Mengembangkan perniagaan
  • Mengingkatkan pendapatan melalui Teknologi Maklumat
  • Memberikan latihan pembinaan laman sesawang
  • Mempromosikan segala barangan dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Program Bengkel Latihan Jendela IKS diberi mandat untuk menjayakan Kursus Kemahiran Internet dan pembangunan E-perniagaan  kepada Ibu Tunggal seluruh Negeri Terengganu yang diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu Ibu Tunggal di Negeri Terengganu untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka melalui  Teknologi Maklumat . Bengkel ini juga memberi penekanan pembinaan laman sesawang kepada Ibu Tunggal supaya mereka dapat mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka keserata  dunia.

Peserta Bengkel berkenaan adalah terdiri daripada Ahli Kelab Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga yang telah dan  bakal menjadi Usahawan Kecil dan Sederhana. Bengkel berkenaan mendapat kerjasama penuh daripada .my DOMAIN REGISTRY dan dikendalikan oleh pelatih daripada UKM dan UMT.

Bengkel ini juga diadakan untuk berkongsi maklumat dan kemahiran kepada Ibu Tunggal akan kemudahan Internet untuk pendidikan , maklumat dan perdagangan. Secara tidak langsung Ibu Tunggal dapat memasarkan jualan produk  secara dalam talian seiringan dengan perkembangan teknologi maklumat terkini.

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Pusat ICTnya dilihat mampu mewujudkan satu Pusat Teknologi Maklumat  dengan mendapat kerjasama penuh daripada  MOSTI  ini sedikit sebanyak membantu para Ibu Tunggal menimba ilmu bukan sahaja didalam bidang teknologi maklumat tetapi  juga berkenaan Latihan Pembangunan Modal Insan .

[ Sumber Maklumat : Unit Ibu Tunggal, Bahagian Komuniti Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu]

%d bloggers like this: